Sunway Lancarkan Soapful #SunwayForGood Untuk Projek Tanggungjawab Korporat & Sosial

Assalamualaikum semua
Kawan-kawan blogger masih lagi mengusik Nanie sebagai “Gadis Bertuah” selepas event Sunway Soapful pada 5 Disember 2018 yang lepas. Pada yang follow instagram Nanie mesti dah dapat agak kenapa agaknya, Nanie dipanggil gadis bertuah…
Yes! Pada event tersebut, dalam ramai-ramai orang kat situ, Nanie menerima sabun khas yang dibalut sendiri oleh D.Y.T.M Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Muda Selangor. Memang kembang kuncup Nanie kat tepi beliau tau. Tak caya korang tengok lah gambar bawah ni.

View this post on Instagram

“TERIMA KASIH TENGKU AMIR HADIAHKAN SY SEKETUL SABUN!!!” . . Rasa macam tak percaya bila anak raja hadiahkan sabun pada Nanie. Besar maknanya! . . Begitu jugaklah besar maknanya seketul sabun Sunway Soapful ni kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan (PKAYDEM). . . The Soapful Project, adalah projek kolaborasi Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soap Sdn Bhd & Selangor Youth Community. Sabun-sabun daripada semua hotel-hotel Sunway akan dikumpul & dikitar semula utk menjaga kewangan bagi rumah anak yatim ini. . . Walau apa pun, perasaan Nanie sampai sekarang masih berbunga bila mengenangkan sabun hadiah dari DYTM Tengku Amir, Raja Muda Selangor. 😍😍😍 . . @sunwayreshotel #SunwaySoapful #SunwayForGood #blogcoklateyes #blogger #lifestyleblogger #happylife #selangor #rajamudaselangor #dreamcometrue A post shared by PLUSSIZE BEAUTY BLOGGER (@innanieariffin) on Dec 5, 2018 at 11:43pm PST

Pengalaman bertemu bertentang mata dengan Raja Muda Selangor ni merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Ia adalah bersempena dengan Majlis Pelancaran Sunway Soapful #SunwayForGood.

Projek Soapful merupakan projek kolaborasi Ecolab Sdn Bhd, Kinder Soaps Sdn Bhd dan Selangor Youth Community (SAY). Projek yang mensasarkan kepada pengumpulan dana bagi membantu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan Malaysia (PKAYDEM) di bawah Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) untuk kick-start social enterprise mereka. 

Sebenarnya usaha kolaborasi yang dilakukan oleh Sunway ini sangat murni. Selain daripada memberikan dana untuk kelangsungan yayasan tersebut, ia juga sedikit sebanyak membantu dalam mengawal pencemaran alam. 

Untuk pengetahuan korang, sebanyak kira-kira 100kg sabun yang masih elok dan hanya digunakan sedikit sahaja dari semua hotel Sunway. Oleh itu, Sunway Hotel & Resort melihat cara ini sebagai satu alternatif yang mesra alam. 

Pengumpulan semua sabun yang terpakai akan dilakukan oleh Ecolab kemudian mereka akan proses semula dengan pelbagai prosedur agar kebersihan setiap sabun terjamin dan tepelihara. Walapun ia adalah sabun yang terpakai, namun jangan sesekali mengabaikan kebersihannya. 

Semasa majlis, Ecolab menunjukkan kepada Raja Muda Selangor langkah-langkah pemprosesan sabun terpakai tersebut bermula daripada Granting – Mixture – Molding – Cutting & Packing. Tu yang Nanie dapat seketul Soapful dari Raja Muda Selangor tu.

Nanie berharap dengan adanya program sebegini, ia bukan sahaja memberikan impak kepada keadaan alam sekitar kita, malahan ia turut memberi sumbangan sosial kepada mereka yang menerima manfaatnya. Anak-anak ini mempunyai dana yang mencukupi untuk kelangsungan hidup mereka disamping memberikan nilai-nilai moral yang baik sebagai contoh kepada masa depan kita. 
Peranan Sunway sebagai sebuah badan korporat yang besar dan berpengaruh memberikan harapan yang besar buat anak-anak ini. Malahan, ini juga merupakan sumbangan CSR yang bagus impaknya kepada keseluruhan masyarakat. Mudah-mudahan lebih ramai badan korporat yang berhati mulia untuk projek-projek sebegini. 
#SunwayForGood