Review Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer

Assalamualaikum semua

Sering kali Nanie ditanya – wajib tak pakai moisturizer? Moisturizer apa yang best untuk kulit? Walaupun Nanie rasa dah banyak awareness yang disebarkan oleh ramai beauty guru yang lain, tetap Nanie nak tekankan… 

YES! Wajib pakai moisturizer setiap hari dan kalau boleh setiap masa.  Kenapa? Apa yang perlu sangat moisturizer ni untuk kulit wajah kita? Tak pakai tak boleh ke? Kalau skip selang sehari ke? Rasa tak selesa kat muka bila pakai pelembap ni. Jangan risau, Nanie akan explain satu per satu untuk bagi korang sedar betapa pentingnya moisturizer ok! 🙂 
Bagi Nanie, moisturizer ni ibarat kita beri minum air pada kulit kita. Kulit yang sihat bukan sekadar bebas jerawat dan cela semata-mata. Pandangan Nanie adalah – kulit yang sihat adalah kulit yang cukup hidrasi nya dan cukup kelembapannya. Dengan mengekalkan kelembapan kulit, secara tak langsung kita memberi perlindungan yang secukupnya buat kulit kita terus seimbang menghasilkan minyak. 

Menurut pakar kecantikan ada beberapa sebab kenapa penggunaan moisturizer sangat penting untuk kulit wajah : 

  1. Membaikpulih kulit wajah – sedar tak sedar, setiap hari kulit kita memang mengalami pelbagai ancaman tak kira dari dalaman mahupun luaran. Antaranya adalah seperti pencemaran dan pemakananan. Moisturizer dikatakan mampu membaikpulih kulit secara semulajadi dan konsisten. 
  2. Melindungi kulit wajah – Moisturizer adalah salah satu sumber perlindungan terbaik untuk kulit wajah daripada cahaya matahari. Kebanyakan pelembap didatangkan dengan SPF yang berfungsi melindungi kulit wajah secara menyeluruh. 
  3. Membantu peredaran darah – Tak ramai yang tahu bahawa moisturizer membantu perjalanan darah ke seluruh wajah di samping meningkatkan collagen level bagi elakkan kulit sagging atau kendur.

Secara jujur, dulu Nanie pun culas nak pakai moisturizer. Sebab rasa leceh & tak nampak kesannya. Hakikatnya kita malas nak pakai moisturizer sebab kita tak jumpa moisturizer yang sesuai dengan kulit kita. Kita rasa tak fun nak pakai moisturizer sebab dia melekit, berminyak dan rasa greasy sangat bila berpeluh. Setuju tak? 

That’s why, Nanie nak share pengalaman peribadi Nanie selepas gunakan Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer. Memang satu moisturizer yang Nanie berani bagi 5 bintang! Serious talk! Nanie memang perasan sebelum Nanie cuba untuk review – beberapa kali iklan mengenai produk ni keluar di Facebook Nanie. 

Disebabkan Nanie dah sentuh bab jenis kulit, perkara yang penting juga sebelum korang memilih moisturizer terbaik adalah dengan mengikut jenis kulit korang. Macam Nanie – Nanie jenis kulit kombinasi, jadi memang bersesuaian jika Nanie pilih yang jenis water based. Disamping Nanie sejenis yang kuat berpeluh di muka. Jadi, kalau pakai yang oil based atau cream, putih je peluh jadinya! 

So, Nanie share sikit beberapa tips untuk panduan korang memilih moisturizer terbaik mengikut jenis kulit : 
NORMAL SKIN – Dianjurkan pilih water based moisturizer yang ringan & tidak mempunyai kesan berminyak.  DRY SKIN – Kulit kering biasanya mempunyai kelembapan kulit yang paling sikit. Jadi, sangat penting untuk mereka yang berkulit kering memilih moisturizer yang dapat restore semula kelembapan kulit. Biasanya dianjurkan untuk memilih oil-based moisturizer yang diperbuat daripada petroleum based produk. Bahan ini berperanan sebagai satu lapisan yang memegang kandungan air pada kulit wajah. 
OILY SKIN – Kulit berminyak adalah most problematic type of skin. Untuk merawat masalah kulit berminyak sebenarnya agak tricky dan adakalanya memerlukan pelembap yang berbeza-beza mengikut jenis kulit di kawasan atau bahagian tersebut. Dianjurkan untuk mereka yang oily skin menggunakan light-silicon-based moisturizer yang mana ia akan memberikan matte dry look. Elakkan dari pelembap yang mengandungi cocoa butter, linseed. peanut dan sesame oil. Gunakan moisturizer yang ringan dimana ia memberikan hidrasi yang cukup di samping menyeimbangkan oil level.
COMBINATION SKIN – Ini adalah jenis kulit Nanie. Moisturizer hanya diperlukan pada bahagian kulit yang kering. Moisturizer yang terbaik adalah dari jenis water based dan cukup sekadar menggunakannya di bahagian T-zone.

Back to Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer Nanie tertarik selain daripada packagingnya adalah disebabkan based moisturizer ni sendiri iaitu water based. Pelembap kulit jenis water based sangat sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi seperti Nanie. 

Bila Nanie apply Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer pada kulit wajah, efek pertama yang Nanie suka sebab cooling effectnya. Cooling effect ni buatkan kulit wajah jadi selesa terutama waktu pagi. Time muka kita tengah fresh semua tu kan, rasa kulit betul-betul bersih, terus bubuh moisturizer ni… dia jadi feeling yang buatkan kulit jadi gebu & lembut sangat. 

Teksturnya yang sangat ringan dan disokong dengan hydration-release technologu membuatkan kelembapan kulit dapat dipegang lama dan ditingkatkan sehingga 5 hari. Malahan pelembap ini juga merupakan solusi kepada masalah kulit kering, fine line dan wrinkles juga kepada masalah uneven tekstur dan kekusaman wajah.



Nak tahu lagi? Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer adalah sangat unik kerana ia diblend dengan gabungan 5 vitamin dan 5 peptides yang membantu untuk menguatkan skin barrier sepantas 30 minit bagi mengelakkan kehilangan air pada kulit yang membuatkan kulit kering dan nampak tak sihat. Ia juga bebas daripada sebarang parabens, sulfates dan phthalates yang mana merosakkan kulit untuk tempoh masa panjang. 

Sebagaimana kata-kata Dr. Howard Murad mengenai Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer“‘Eat your water’ is a phrase I have been using for many years. Staying sufficiently hydrated isn’t just about drinking eight glasses of water a day. When we eat more water-rich foods, we absorb water more slowly because it is trapped in the nutritional structure of these foods. Slow absorption means that water in food stays in our bodies longer to optimize hydration. The same rule applies to skin. Applying nutrient-rich ingredients will strengthen the skin barrier and help our skin trap and hold onto more water, longer. That’s how the formula for Nutrient-Charged Water Gel was born.”—Howard Murad, M.D., FAAD 
Secara keseluruhan, Nanie memang berpuas hati sangat dengan Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer ni. Walaupun harganya agak mahal (RM 320/jar) tapi dengan result yang diberikan, Nanie boleh ubah jadi seorang yang suka pakai moisturizer. Even Nanie apply sebelum makeup pun, dia boleh jadikan makeup tahan lama & nampak smooth je. Seriously Nanie memang suka gila dengan Murad Nutrient-Charged Water Gel Moisturizer.  Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link yang diberikan di bawah : 

Website : https://www.murad.com.my/ Instagram : https://www.instagram.com/muradmalaysia/